Parti Warisan (WARISAN) belum memutuskan jumlah kerusi yang bakal ditandingi dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) akan datang. <br /><br />Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memaklumkan parti itu masih melihat pelbagai aspek sebelum membuat sebarang keputusan muktamad berhubung kerusi yang mahu ditandingi sama ada di Sabah mahupun Semenanjung.
